Minggu 3. PERATURAN MAKMAL DAN ETIKA PENGUNAAN INTERNET
1.1
Peraturan
makmal
|
1.1.1
Peraturan makmal diwujudkan
untuk:
1.1.1.1Memaksimumkan penggunaan
1.1.1.2Meminimumkan
risiko penyelewengan dan kerosakan
1.1.1.3Mewujudkan
suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran
1.1.1.4Panduan untuk penggunaan
ramai.
1.1.2
Berikut
adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal
komputer:
·
Dilarang
membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.
·
Dilarang
membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan
Penyelaras ICT.
·
Disket
dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.
·
Dilarang
membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan
keizinan Penyelaras ICT.
·
Pelajar
dilarang melaraskan pendingin hawa.
·
Tidak
dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.
·
Pelajar
tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.
·
Semua
pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang
sambungan wayar pada komputer.
·
Jika
terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer
terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada
guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.
·
Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian
kepada guru yang bertugas.
·
Tidak
dibenarkan membawa liquid paper.
·
Dilarang
membuat bising di dalam makmal.
·
Dilarang
mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina
atau menfitnah pihak tetrtentu.
·
Dilarang
mengubah sebarang settings dalam
komputer.
·
Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.
·
Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan
tidak boleh disimpan dalam cakera keras.
·
Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.
·
Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke
makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.
·
Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.
·
Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal
Komputer.
1.2
Sistem
Fail
1.2.1 Pekeliling
1.2.1.1Pekeliling yang berkaitan
dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling )
1.2.2 Surat menyurat
1.2.2.1Surat-surat
yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat
pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.
1.2.2.2Surat
dari sekolah hal-hal berkaitan ICT
1.2.3 Perkembangan Staff
1.2.3.1Laporan perkembangan staff/’in-house
training’ yang diadakan.
1.2.3.2Senarai kehadiran perkembangan
staff/’in-house training’
1.2.4 Jadual waktu penggunaan
1.2.4.1Jadual
waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.
1.2.5 Fail mesyuarat
1.2.5.1Minit
mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri.
1.2.5.2Minit
curai mesyuarat
1.3
Inventori
1.3.1 Buku
stok/rekod bekalan pejabat
1.3.1.1Buku
stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah
1.3.2 Kad inventori (kew312)
1.3.2.1Semua
peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam kad
inventori
1.3.2.2Semua kad
inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail
tegak
1.3.3 Senarai inventori
1.3.3.1Senaraikan
semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan dalam fail
inventori
1.3.4 Buku laporan
penyelenggaraan
1.3.4.1Sediakan
satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada
penyelenggaran dijalankan
(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga
ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut
berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)
1.3.5 Buku pinjaman alatan
1.3.5.1Sila
sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan
ICT di luar makmal komputer
1.3.6 Label
1.3.6.1Labelkan
semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar inventori yang telah
dibuat
BAB 2 PENGGUNAAN MAKMAL
2.1
Rekod penggunaan makmal
2.1.1 Sila
pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar
sepanjang masa
2.2
Rekod penggunaan Komputer
2.2.1 Semua
komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod
2.3
Rekod Penggunaan Bahan
2.3.1 Sediakan
juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal
2.4
Rekod buku pelawat
2.4.1 Setiap
pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat
BAB 3 KESELAMATAN
3.1
Peralatan
3.1.1 Dilarang
memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran
dan penyeliaan penyelaras ICT
3.1.2 Dilarang
memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk
mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan
aplikasi yang dipasang.
3.1.3
Dilarang
mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi
tidak terganggu.
3.1.4
Dilarang
mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan
tidak berlaku
3.1.5
Dilarang
membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras
ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian
3.1.6 Dilarang
menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas.
3.2
Plan kecemasan
3.2.1 Pelan
pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.
3.3
Langkah-langkah keselamatan
KESELAMATAN
FIZIKAL SECARA UMUM
3.3.1
Kunci
:
3.3.1.1Setiap
kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2Kunci
disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja.
3.3.1.3Buku log
untuk rekodkan pengguna kunci.
3.3.2
Akses
Pelawat :
3.3.2.1Hanya mereka yang diberi
kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2Penyelaras ICT mesti
menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau.
3.3.3
Elektrik
:
3.3.3.1Pastikan Bilik Pelayan
berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat.
3.3.3.2Setiap komputer dan pelayan
perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply
3.3.3.3Peralatan
ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
3.3.4
Label
3.3.4.1Setiap peralatan dan kabel
perlu dilabel.
3.3.5
Pencegahan
Kebakaran
3.3.5.1Setiap bilik pelayan,
makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal
pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2Setiap pengesan kebakaran
perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik.
3.3.6
Makanan
3.3.6.1Dilarang membawa masuk makanan
dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.
KESELAMATAN
FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)
3.3.7
Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
3.3.8
Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci
3.3.9
Akses
Pelawat
3.3.9.1Hanya
mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan.
3.3.9.2Setiap
pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh maklumat yang
dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan,
tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika
perlu.
3.3.9.3Penyelaras
ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa.
3.3.10
Elektrik
3.3.10.1
Setiap
pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply.
3.3.10.2
Pastikan
pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin.
3.3.11
Alat
Penghawa Dingin
3.3.11.1
Setiap
bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat
penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin
tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin
sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.
KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER
3.3.12
Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer.
Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log
termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13
Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum
meninggalkan makmal
3.3.14
Alat
Penghawa Dingin
Setiap
Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.
BAB 4 KECERIAAN
4.1
Plan Makmal
4.1.1 Sediakan
pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer
4.1.2 Gambarajah
infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu didokumenkan
dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan
lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan
kebenaran pihak pentadbiran sekolah.
4.2
Susun atur (kreativiti)
4.2.1 Susun
atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan
tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.
4.2.2 Dilarang
mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam
pelan asal makmal komputer.
4.3
Sudut Pembelajaran
4.3.1 Terpulang
kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu
atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)
4.4
Kebersihan
4.4.1 Kebersihan
dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer.
4.4.2 Boleh
melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam
makmal komputer.
BAB 5
|
Pengguna Internet perlu mengambil
maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk:
- Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam,
menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama
rakyat Malaysia atau luar negara.
- Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan
kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran
undang-undang Malaysia dan antarabangsa.
- Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan
individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.
- Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram
seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain
aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.
- E-mel
Menghantar
iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited
advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang
mengelirukan (deceptive marketing).
Melakukan
pengeboman e-mel (mail bombing),
iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mel yang
sama atau bersaiz besar.
Menghantar
mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
Memalsukan
e-mel (forged headers) bagi tujuan
mengelirukan penerima.
Melakukan
aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten,
rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang
salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
Menceroboh
(hacking) sistem pengguna individu,
kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai
pencerobohan:
a)
Memasuki
secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer
milik orang lain.
b)
Menghalang identiti pengesahan pengguna atau cirri-ciri
keselamatan mana-mana komputer atau
rangkaian milik orang lain.
c) Menyebabkan gangguan
perkhidmatan kepada komputer host (to
crash the host).
Memberi
maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang boring, kontrak atau
permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
Melaksanakan
sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network
monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya.
CONTOH BROSUR
Etika Penggunaan Internet - Prinsip, Etika dan Rukun Etika Penggunaan Internet.
No comments:
Post a Comment