Monday, 23 April 2012

MINGGU 2

TUGASAN 2:soalan:

Menggunakan Internet, Enjin Pencari Bahan dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu

               a) Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio, video, grafik dan teks.

              b) Mengumpul bahan daripada Internet ke dalam folder berdasarkan kemahiran bahasa.

                                     a) i) Mengumpul dan mengkategorikan bahan audio

Contoh : Menggunakan Enjin Pencari 'Mediafire' untuk memuat turun bunyi ayam.
sila 'klik' pada pautan dibawah untuk memuat turun bunyi ayam.




ii) Mengumpul bahan video

Contoh : Menggunakan enjin Pencari 'youtube' untuk memuat turun video.
sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat video dan memuat turun video.


iii) Mengumpul bahan grafik

Bahan grafik kebiasaannya boleh dimuat turun melalui enjin pecarian 'google' dan fokuskan kepada grafik/gambar/'pictures'. kemudian gambar-gambar ini boleh dikumpulkan kedalam "Power Point" untuk dipersembahkan semasa tempoh P&P.

Contoh : Mengumpul gambar berkaitan 'buah-buahan'.
sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat contoh 'power point' dan memuat turunnya.







iv) Mengumpul Bahan teks


Contoh : Mengumpul bahan teks daripada enjin pencarian 'scribd' berkenaan teks 'buah-buahan'.
sila 'klik' pada pautan dibawah untuk melihat teks dan memuat turun.






















Tuesday, 14 February 2012

TUGASAN MINGGU 3

Minggu 3. PERATURAN MAKMAL DAN ETIKA PENGUNAAN INTERNET



1.1         Peraturan makmal

Contoh Peraturan Makmal Komputer
 
 

1.1.1     Peraturan makmal diwujudkan untuk:          
1.1.1.1Memaksimumkan penggunaan

1.1.1.2Meminimumkan risiko penyelewengan dan kerosakan

1.1.1.3Mewujudkan suasana yang selamat dan selesa untuk pengajaran dan pembelajaran

1.1.1.4Panduan untuk penggunaan ramai.

1.1.2     Berikut adalah beberapa peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengguna makmal komputer:

·         Dilarang membawa beg, makanan atau minuman ke dalam makmal.

·         Dilarang membawa sebarang cakera perisian luar ke dalam makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

·         Disket dari luar boleh dibawa masuk tetapi hendaklah diimbas terlebih dahulu.

·         Dilarang membawa keluar sebarang perkakasan atau perisian dari makmal kecuali dengan keizinan Penyelaras ICT.

·         Pelajar dilarang melaraskan pendingin hawa.

·         Tidak dibenarkan memakai kasut di dalam makmal.

·         Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru pengawas.

·         Semua pengguna komputer adalah dilarang sama sekali mengusik atau mengubah sebarang sambungan wayar pada komputer.

·         Jika terdapat sebarang bunyi yang ganjil, bau benda terbakar, bahagian komputer terlalu panas atau sebarang yang disyaki tidak normal, laporkan segera kepada guru yang bertugas. Padamkan mana-mana suis yang perlu.

·         Laporkan sebarang kerosakan perkakasan atau perisian kepada guru yang bertugas.

·         Tidak dibenarkan membawa liquid paper.

·         Dilarang membuat bising di dalam makmal.

·         Dilarang mencetak, mengedar dan menampal bahan yang mengandungi unsur lucah, menghina atau menfitnah pihak tetrtentu.

·         Dilarang mengubah sebarang settings dalam komputer.

·         Dilarang mengubah atau menambah perisian dan perkakasan.

·         Semua hasil kerja hendaklah disimpan dalam disket dan tidak boleh disimpan dalam cakera keras.

·         Peralatan seperti LCD dan printer hanya boleh dikendalikan oleh guru.

·         Guru yang bertanggungjawab membawa pelajar atau kelas ke makmal komputer hendaklah merekod penggunaannya dalam buku log makmal.

·         Pengguna hendaklah merekod penggunaan buku log komputer.

·         Pengguna hendaklah sentiasa menjaga kebersihan Makmal Komputer.


1.2         Sistem Fail

1.2.1     Pekeliling
1.2.1.1Pekeliling yang berkaitan dengan program ICT Kementerian Pelajaran Malaysia ( lihat folder Pekeliling )

1.2.2     Surat menyurat
1.2.2.1Surat-surat yang berkaitan dengan ICT sekolah dari pihak kementerian, jabatan, pejabat pelajaran daerah mahupun dari syarikat luar/swasta.
1.2.2.2Surat dari sekolah hal-hal berkaitan ICT

1.2.3     Perkembangan Staff
1.2.3.1Laporan perkembangan staff/’in-house training’ yang diadakan.
1.2.3.2Senarai kehadiran perkembangan staff/’in-house training’

1.2.4     Jadual waktu penggunaan
1.2.4.1Jadual waktu penggunaan makmal komputer untuk tahun semasa.

1.2.5     Fail mesyuarat
1.2.5.1Minit mesyuarat yang dijalankan atau yang dihadiri.
1.2.5.2Minit curai mesyuarat

1.3         Inventori

1.3.1     Buku stok/rekod bekalan pejabat
1.3.1.1Buku stok/rekod bekalan pejabat diperolehi dari pejabat sekolah

1.3.2     Kad inventori (kew312)
1.3.2.1Semua peralatan yang berada dalam makmal komputer telah didaftarkan dalam kad inventori
1.3.2.2Semua kad inventori yang telah diisi dengan sempurna hendaklah dimasukkan di dalam fail tegak

1.3.3     Senarai inventori
1.3.3.1Senaraikan semua peralatan yang telah didaftarkan dan dicetak serta dipamerkan dalam fail inventori

1.3.4     Buku laporan penyelenggaraan
1.3.4.1Sediakan satu buku penyelenggaraan peralatan makmal komputer dan catatkan sekiranya ada penyelenggaran dijalankan
(Pihak Syarikat Warisan Nusa juga ada membekalkan buku penyelenggaraan peralatan ICT – sila pastikan buku tersebut berada dalam makmal komputer sepanjang masa dan senang diakses.)

1.3.5     Buku pinjaman alatan
1.3.5.1Sila sediakan buku pinjaman jika ada individu yang bercadang menggunakan peralatan ICT di luar makmal komputer

1.3.6     Label
1.3.6.1Labelkan semua peralatan ICT dalam makmal komputer mengikut daftar inventori yang telah dibuat



BAB 2            PENGGUNAAN MAKMAL

2.1         Rekod penggunaan makmal
2.1.1     Sila pastikan rekod penggunaan makmal diisi oleh guru-guru dan murid/pelajar sepanjang masa

2.2         Rekod penggunaan Komputer
2.2.1     Semua komputer diletakkan buku rekod penggunaan dan pengguna dimestikan mengisi rekod

2.3         Rekod Penggunaan Bahan
2.3.1     Sediakan juga rekod penggunaan bahan yang berada dalam makmal

2.4         Rekod buku pelawat
2.4.1     Setiap pelawat yang mengunjungi makmal diminta mengisi buku pelawat



BAB 3            KESELAMATAN

3.1         Peralatan
3.1.1     Dilarang memasang atau membaiki sendiri komputer atau peralatan yang ada tanpa kebenaran dan penyeliaan penyelaras ICT
3.1.2     Dilarang memasang perisian pihak ketiga seperti screen servers, perisian utility untuk mengelakan perubahan konfigurasi sistem. Perubahan ini mungkin akan menjejaskan aplikasi yang dipasang.
3.1.3     Dilarang mematikan pelayan atau perkakasan rangkaian yang telah dipasang supaya operasi tidak terganggu.
3.1.4     Dilarang mematikan penghawa dingin di Bilik Pelayan supaya tahap kepanasan dan pemeluwapan tidak berlaku
3.1.5     Dilarang membuka atau mengalih perkakasan dari tempat asal tanpa penyeliaan Penyelaras ICT untuk mengelakan kerosakan disebabkan oleh salah pengendalian
3.1.6     Dilarang menyerkup komputer semasa kuasa dihidupkan untuk mengelakan terlampau panas.

3.2         Plan kecemasan
3.2.1     Pelan pengosongan bangunan perlu dipamerkan dalam Makmal Komputer.



3.3         Langkah-langkah keselamatan

KESELAMATAN FIZIKAL SECARA UMUM
3.3.1     Kunci :
3.3.1.1Setiap kunci perlu dilabel dengan jelas
3.3.1.2Kunci disimpan oleh Pengetua atau Guru Besar dan Penyelaras ICT sahaja.
3.3.1.3Buku log untuk rekodkan pengguna kunci.
3.3.2     Akses Pelawat :
3.3.2.1Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik berkenaan, khasnya bilik Pelayan.
3.3.2.2Penyelaras ICT mesti menemani pelawat mengunjungi bilik bawah kawalan beliau.
3.3.3     Elektrik :
3.3.3.1Pastikan Bilik Pelayan berada dalam bagunan perlindungan pengalir kilat.
3.3.3.2Setiap komputer dan pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply
3.3.3.3Peralatan ICT perlu dilindungi oleh pencegah kilat.
3.3.4     Label
3.3.4.1Setiap peralatan dan kabel perlu dilabel.
3.3.5     Pencegahan Kebakaran
3.3.5.1Setiap bilik pelayan, makmal, pusat sumber yang ada komputer perlu mempunyai alat bantuan awal pemadam api jenis CO2.
3.3.5.2Setiap pengesan kebakaran perlu dipasang dan sentiasa berada dalam keadaan baik.
3.3.6     Makanan
3.3.6.1Dilarang membawa masuk makanan dan minuman ke dalam Bilik Pelayan.


KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI BILIK PELAYAN (SERVER ROOM)
3.3.7     Bilik
Bilik Pelayan hendaklah sentiasa berkunci
3.3.8     Kunci
Buku log untuk rekodkan pengguna kunci

3.3.9     Akses Pelawat
3.3.9.1Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki bilik Pelayan.
3.3.9.2Setiap pelawat dikehendaki mengisi buku log kawalan akses. Contoh maklumat yang dicatat termasuk tarikh, masa, nama, nombor Kad Pengenalan, jabatan, jawatan, tujuan lawatan, masa masuk dan masa keluar serta masukan ruangan catatan jika perlu.
3.3.9.3Penyelaras ICT mesti menemani pelawat yang mengunjungi bilik Pelayan setiap masa.
3.3.10  Elektrik
3.3.10.1            Setiap pelayan perlu dilindungi oleh satu alat Uninterupted Power Supply.
3.3.10.2            Pastikan pelayan tidak berada betul-betul di bawah alat penghawa dingin.

3.3.11  Alat Penghawa Dingin
3.3.11.1            Setiap bilik pelayan perlu dipasang dengan sekurang-kurangnya dua (2) unit alat penghawa dingin yang berfungsi secara bergilir-gilir  selama 24 jam. Sekiranya penghawa dingin tidak berfungsi atau sekiranya dibekalkan dengan satu unit alat penghawa dingin sahaja, pelayan hendaklah shutdown apabila tidak diguna.


KESELAMATAN FIZIKAL TAMBAHAN DI MAKMAL KOMPUTER
3.3.12  Akses
Hanya mereka yang diberi kuasa sahaja dibenarkan memasuki Makmal Komputer. Penggunaan makmal perlu diselia sepenuh masa dan direkodkan dalam buku log termasuk penggunaan peralatan dan internet.
3.3.13  Elektrik
Pastikan semua punca elektrik bagi semua peralatan dimatikan sebelum meninggalkan makmal
3.3.14  Alat Penghawa Dingin
Setiap Makmal Komputer perlu dilengkapi alat penghawa dingin.


BAB 4             KECERIAAN

4.1         Plan Makmal
4.1.1     Sediakan pelan lokasi setiap komputer dan lain-lain peralatan di Makmal Komputer
4.1.2     Gambarajah infrastruktur teknikal (Bilik Pelayan dan Makmal Komputer) perlu didokumenkan dan dipamerkan. Susun atur perkakasan dalam makmal hendaklah mengikut pelan lokasi yang dipamerkan. Sebarang perubahan tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran sekolah.

4.2         Susun atur (kreativiti)
4.2.1     Susun atur perkakas dalam makmal komputer hendaklah mengikut kreativiti sendiri dan tidak menghalang peralatan yang penting dalam makmal tersebut.
4.2.2     Dilarang mengubah tempat dan kedudukan komputer sepertimana yang telah ditetapkan dalam pelan asal makmal komputer.

4.3         Sudut Pembelajaran
4.3.1     Terpulang kepada penyelaras untuk menyediakan Sudut Pembelajaran mengikut subjek tertentu atau seperti yang diarahkan dalam subjek ICTL (sekolah rendah sahaja)

4.4         Kebersihan
4.4.1     Kebersihan dalam makmal perlu diutamakan terutama peralatan-peralatan komputer.
4.4.2     Boleh melantik murid/pelajar yang bertanggungjawab untuk menguruskan kebersihan dalam makmal komputer.

BAB 5
ETIKA PENGGUNAAN INTERNET
 
 




Pengguna Internet perlu mengambil maklum bahawa adalah menjadi satu kesalahan untuk:

  1. Menyalur sebarang bahan haram, lucah, mengancam, menekan, mengugut, menghina, menfitnah atau menabur perasaan benci sesama rakyat Malaysia atau luar negara.

  1. Menggalakkan perilaku yang boleh menyebabkan kekacauan dan ketegangan di dalam dan di luar negara serta pelanggaran undang-undang Malaysia dan antarabangsa.

  1. Menganjur perbuatan yang boleh membahayakan individu, organisasi atau masyarakat secara keseluruhannya.

  1. Menggalak, membangun atau menjalankan aktiviti haram seperti skim cepat kaya, skim piramid dan surat berantai dan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia.

  1. E-mel
        Menghantar iklan yang tidak dikehendaki (unsolicited advertisement/ spam) atau sebarang bentuk amalan perdagangan yang mengelirukan (deceptive marketing).
        Melakukan pengeboman e-mel (mail bombing), iaitu secara sengaja membanjiri e-mail seseorang dengan menghantar e-mel yang sama atau bersaiz besar.
        Menghantar mesej yang sama atau serupa kepada banyak kumpulan berita (newsgroup). Perbuatan ini juga dikenali sebagai newsgroup spam.
        Memalsukan e-mel (forged headers) bagi tujuan mengelirukan penerima.
        Melakukan aktiviti haram seperti mengambil, menyimpan dan mengedar harta intelek, paten, rahsia perdagangan atau bahan yang dilindungi hak ciptanya atau bahan yang salah di sisi undang-undang negara dan antarabangsa.
        Menceroboh (hacking) sistem pengguna individu, kumpulan atau organisasi yang lain. Perbuatan berikut dianggap sebagai pencerobohan:

a)    Memasuki secara haram atau menyebabkan kesulitan kepada komputer atau rangkaian komputer milik orang lain.

b)    Menghalang identiti pengesahan pengguna atau cirri-ciri keselamatan mana-mana komputer  atau rangkaian milik orang lain.

c)    Menyebabkan gangguan perkhidmatan kepada komputer host (to crash the host).

        Memberi maklumat yang salah dan tidak benar pada sebarang boring, kontrak atau permohonan atas talian, termasuk memalsukan nombor kad kredit.
        Melaksanakan sebarang bentuk pemantauan rangkaian (network monitoring) bagi mencuri atau memintas data yang ditujukan kepadanya.  



CONTOH BROSUR
Etika Penggunaan Internet - Prinsip, Etika dan Rukun Etika Penggunaan Internet.